Bahaya ibubapa tidak mengawasi kanak-kanak
- Iffah Zakirah
- Jun 4, 2015
- 2 min read
Meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan untuk hanya beberapa saat sama ada di dalam kereta, di sebelah jalan raya yang sibuk, hatta dalam rumah sekalipun, sangat berbahaya bahkan dalam senario terburuk, ia boleh membawa kepada meragut nyawa kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang jatuh dari bangunan tinggi atau yang terkunci dalam kereta juga merupakan kejadian yang sering berlaku di Malaysia.
Walaupun banyak kempen kesedaran dan amaran oleh pihak berkuasa untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk keselematan kanak-kanak, namun tragedi terus melawat.
Kanak-kanak mungkin tidak tahu bahaya bermain di tempat-tempat seperti tangga bergerak kerana minda mereka belum cukup matang.
Oleh itu, sebagai orang dewasa adalah menjadi satu kewajipan untuk menjauhkan kanak-kanak ini daripada bermain di tempat-tempat yang berbahaya.
Setiap hari dianggarkan 2000 keluarga terpaksa meratapi kehilangan kanak-kanak disebabkan kecederaan atau kemalangan yang sepatutnya boleh dicegah.
Di Malaysia, mendengarkan kes-kes kematian kanak-kanak sejak akhir ini menimbulkan semacam rasa betapa sebenarnya masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh semua pihak bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang.
Menurut salah satu ahli jawatankuasa Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), dalam konteks Malaysia, barangkali masih banyak peluang dan ruang untuk diceburi.
Bakal ibu dan bapa yang menghadiri kursus pra perkahwinan seharusnya didedahkan dengan serius mengenai isu ini dan dibekalkan maklumat selengkapnya mengenai langkah pencegahan.
Persekitaran di luar rumah adalah faktor risiko yang hanya boleh dikawal dengan kerjasama oleh banyak pihak terutamanya penjaga kanak-kanak itu sendiri.
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi seorang kanak-kanak berumur enam tahun yang terjatuh dari bangunan lima tingkat baru-baru ini.
Ketika kejadian ini berlaku, kejadian juga difahamkan bahawa ibu kanak-kanak ini berada tidak jauh dari lokasi tersebut. Ibunya dikatakan sedang menjawab paggilan telefon ketika ia berlaku.
Saya berpendapat bahawa pada umur kanak-kanak yang sangat aktif bermain itu, ibubapa atau penjaga kanak-kanak tersebut harus memeberikan perhatian sepenuhnya.
Tambahan lagi, jika mereka bermain di tempat-tempat yang berbahaya seperti tangga bergerak dan sebagainya. Seperti sedia maklum, kanak-kanak pada umur sebgini ‘tidak tahu duduk diam’.
Selain ibubapa atau penjaga kanak-kanak tersebut, masyarakat sekeliling juga memainkan peranan penting dalam mencegah kemalangan-kemalangan yang berlaku.
Mungkin kanak-kanak tersebut tidak mempunyai hubungan persaudaraan dengan kita, tetapi lihatlah kanak-kanak tersebut sebagai saudara seislam kita.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sayangilah saudara kamu seperti mana kamu sayangi diri kamu sendiri". Kita dapat lihat pengajaran dan hikmah daripada hadis ini adalah betapa pentingnya kita menyangi saudara kita sebagaimana diri kita sendiri.
Saya melihat perkara ini sangat berkait rapat. Jika kita sedar akan kewajipan kita terhadap muslim yang lain, kita akan menganggap kanak-kanak tersebut seperti anak kita sendiri.
Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, jika anda melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kanak-kanak tersebut, tergurlah dengan cara yang baik sepertimana anda mengaharapkan dari orang lain untuk melakukan perkara yang sama kepada anak anda.
Saya berpendapat bahawa rakyat Malaysia harus berfikiran terbuka. Seperti yang kita ketahui, ada sesetengah orang tidak boleh menerima jika orang lain menegur anak mereka, seolah-olah mereka dicabar.
Untuk kemaslahatan bersama, cuba lihat pada sesuatu perkara itu dengan positif. Amalan ini boleh menghidupkan susasana bekerjasama di samping mencegah kejadian-kejadian yang tidak diingini terus berlaku.
Comentários