top of page

Karya tidak Berkualiti : Jangan Beri Publisiti Buruk

  • Nor Saadah
  • Jun 2, 2015
  • 2 min read

DSC_1551.jpg

Nilai - Sikap sesetengah rakyat Malaysia yang suka mengkritik dan menghebahkan kelemahan yang terdapat didalam sesebuah karya dilihat sebagai suatu sikap yang bakal merosakkan industri penulisan dan seni negara.

Menurut Puan Nisah Haji Haron daripada Persatuan Penulis Negeri Sembilan berkata, kebanyakan orang awam pada hari ini gemar memberi komen negatif berkenaan sesuatu karya sama ada ianya berbentuk filem atau penulisan. Secara tidak langsung, sikap seperti ini seolah-olah memberi publisiti percuma kepada karya yang tidak berkualiti untuk terus mendapat sambutan.

Beliau berkata sama juga seperti drama, jika kita masih menonton dan mengutuknya, rating drama tetap dikira dan apabila rating tinggi dan mendapat sambutan hangat dari penonton, penaja dan penerbit akan terus menaja drama-drama yang berbentuk sedemikian.

“ Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh orang awam ialah berhenti dari menonton dan mengutuk bagi memastikan drama atau filem itu dihentikan tayangannya. Dari segi penulisan pula , jika karya-karya itu merupakan karya cabul seperti ada unsur lucah dan pembaca berasa terganggu dengan isi kandungan buku tersebut, bolehlah membuat aduan kepada JAKIM ataupun Kementerian Dalam Negeri ( KDN ) supaya mereka boleh membuat tindakan. Bukan dengan cara menghebahkan kelemahan karya tersebut kepada orang ramai. Bagi saya, mengapa perlu kita berkempen kepada orang ramai jika karya itu tidak bagus?" soalnya semasa Forum Penulis Muda (FPM 2015) yang berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) di bawah tajuk Dakwah dalam Sastera Islam : Kreativiti dan Pengaruh.

Turut hadir pada forum tersebut ialah Encik Mohd Nazmi Yaakub, Pengarang Sastera akhbar Berita Harian, Puan Siti Jasmina Ibrahim, penulis dan pensyarah sambilan di Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) sebagai ahli panel dan Encik Muhammad Fadli Al-Akiti, Editor Dewan Sastera dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku moderator.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Connect
  • Google+ Long Shadow
  • Facebook Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
bottom of page