top of page

Mahasiswa Perlu Tahu Ilmu Rawatan Islam

  • Iffah Zakirah
  • May 8, 2015
  • 1 min read

MVI_1164.MOV_snapshot_01.30_[2015.04.27_22.17.00].jpg

Dr Zohdi Mohd Amin bersama Ustaz Md.Zaini Zainal semasa demo kaedah mandi limau

Pada masa ini,bukan hanya ustaz atau golongan agamawan sahaja perlu mengetahui ilmu-ilmu berkenaan rawatan islam, tetapi mahasiswa dan mahasiswi juga harus mengetahuinya atau sekurang-sekurangnya mempunyai ilmu asas berkenaan dengan rawatan islam bagi melindungi diri dan keluarga dari ancaman saka, histeria,sihir, santau dan sebagainya.

" Oleh sebab itu, pihak kami telah mengadakan Kursus Rawatan Islam ini sebagai pendedahan awal kepada para pelajar tentang ilmu rawatan islam sebagai perawatan diri, keluarga dan masyarakat. Dengan adanya program seperti ini di universiti, para mahasiswa tidak perlu pergi belajar ilmu rawatan islam ditempat yang lebih jauh yang mana pada kebiasaanya harga kursus yang ditawarkan adalah lebih mahal," ujar Muhamad Suhaimi bin Nawi.

Demikian antara kata-kata beliau selaku Pengarah Kursus Rawatan Islam Siri I dibawah tajuk 'Asas Perawat dan Rawatan Islam' yang telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah ( FPQS ) . Kursus anjuran pelajar tahun 2, Sunnah dan Pengurusan Maklumat dengan kerjasama dari Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP) FPQS ini bukan hanya menarik perhatian mahasiswa tetapi juga orang awam.

Ujarnya lagi " Kami sedia maklum, kursus-kursus seperti ini pada kebiasaanya akan berlaku kejadian yang tidak diingini, namun saya menasihatkan para peserta tidak perlu risau untuk menyertai kursus ini. Segala kejadian yang berlaku, insyaallah dapat dikawal kerana kami menampilkan ahli panel yang mahir dan berpengalaman dalam rawatan islam dan kami selaku urusetia sendiri telah dibekalkan dengan ayat-ayat pendinding sebagai pemantauan pada hari berlangsungnya kursus tersebut. Kami juga berharap Kursus Rawatan Islam ini mendapat sambutan yang lebih memuaskan pada siri-siri yang seterusnya."

IMG-20150425-WA0010.jpg

Poster Kursus Rawatan Islam Siri I - V

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Connect
  • Google+ Long Shadow
  • Facebook Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
bottom of page