MAHASISWA HARUS BANTU ATASI DADAH
- Abdullah Ismail
- Jun 2, 2015
- 2 min read
Mahasiswa digesa ambil kisah, ambil tahu dan ambil tindakan sebagai langkah bersama atasi dadah.
Mahasiswa USIM diseru untuk sama-sama mengatasi masalah dadah dalam kalangan masyarakat pada masakini. Ini adalah usaha sama antara mahasiswa, kerajaan dan juga masyarakat setempat untuk membasmi masalah dadah dalam negara kita ini.
Mahasiswa juga mempunyai tanggungjawab bagi mengenal pasti golongan yang berisiko untuk terjebak dengan penagihan dan pada masa yang sama turut membantu mereka menghindari darinya.
“peranan mahasiswa ialah mengenalpasti golongan yang berisiko dan dalam masa yang sama membantu golongan tersebut agar tidak terjerumus dalam kancah dadah” kata saudara Nazir Mohd Pegawai AADK semasa aktiviti bersama golongan berisiko yang bersempena dengan pogram Kampus Bebas Dadah USIM.

Saudara Nazir Mohd ketika berucap di pogram Kampus Bebas Dadah USIM.
Selain itu, saudara Nazir Mohd juga turut memberi peringatan kepada mahasiswa agar sentiasa bersikap protective semasa berhadapan dengan dadah yang mana sikap ini amat penting untuk menangani dadah. Hal ini kerana antara sebab utama pengambilan dadah ini adalah faktor pengaruh rakan sebaya yang mendorong seseorang mengambil dadah.
“sikap protective adalah sangat penting bagi menghalang diri daripada terjebak dengan dadah ini, ini adalah kerana sebab utama penganbilan dadah ialah pengaruh kawan” ujarnya lagi.
“kesedaran akan bahaya dadah wajar diterapkan dalam diri setiap mahasiswa di Malaysia ini bagi menjaga keamanan dalam negara kita ini” Saudara fadhli
pelajar tahun 3 fakulti kepimpinan dan pengurusan FKP turut meluahkan rasa kebimbangan terhadap bahaya dadah ketika ditemui.
Tambahan lagi, Saudara fadhli turut mengingatkan bahawa dadah merupakan musuh no 1 negara yang masih lagi berleluasa dalam masyarakat pada masakini, jadi ini adalah tanggungjawab kita yang bermula daripada sekarang untuk mengatasinya bagi menjaga generasi akan datang agar mereka bebas daripada dadah yang merbahaya ini.
Mahasiswa adalah aset negara yang penting dalam memastikan generasi akan datang adalah generasi yang bebas daripada dadah, justeru, mahasiswa haruslah memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan untuk membasmi dadah secara keseluruhannya.
Comments