'Little Chennai' Tarik Perhatian Pengunjung
- Nor Saadah
- May 8, 2015
- 1 min read

Pintu masuk ke Little Chennai Nilai
Bagi mereka yang pernah membeli belah di Nilai Square, sudah tentu anda akan terlihat papan tanda Little Chennai Nilai. Masuk sahaja ke dalam kawasan ini, anda disajikan dengan lagu-lagu tamil dan persekitaran yang indah seolah-olah anda sedang berada di India. Kawasan yang mula dibina pada tahun 2013 ini telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya masyarakat India untuk membeli belah disitu kerana terdapat banyak pilihan barang dengan harga yang berpatutan.
Menurut salah seorang penyelia disitu, Little Chennai ini diwujudkan bagi memudahkan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat India di Nilai untuk mencari barang keperluan mereka seperti makanan, perhiasan, pakaian dan sebagainya. Apa yang istimewanya disini,selain produk buatan Malaysia dan China, kebanyakan produk disitu diimport khas dari Chennai.
Ujarnya lagi "Para pengunjung kami bukan sahaja terdiri daripada kaum India, tetapi juga daripada pelbagai kaum seperti kaum Cina, Melayu dan juga pelancong asing. Kami juga menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung Nilai Square tentang kewujudan Little Chennai ini. Rata-rata daripada mereka berpuas hati tentang kualiti, harga dan pilihan produk yang ditawarkan di sini."
Selain daripada kedai pakaian, para pengunjung juga boleh mencuba pelbagai jenis aksesori wanita di SPS Jewelleries Sdn Bhd dan juga di Little Chennai Artificial Jewelleries. Jika pengunjung berasa lapar atau dahaga, mereka boleh singgah ke restoren Little Chennai Banana Leaf Curry House. Pelbagai juadah enak disediakan disitu.
Kedai - kedai yang terdapat ni Little Chennai Nilai :-

Pusat Audio dan Kedai Gunting Rambut

Kedai Seramik dan Kedai Bunga
Kedai-kedai Kain dan Tekstil



Restoren

Pusat Permainan Kanak-Kanak

Comments