top of page

GRADUAN PROAKTIF MAMPU CIPTA KERJAYA

  • Oleh : Nur Ashila Din
  • Apr 29, 2015
  • 2 min read

MINGGU KEUSAHAWANAN DI USIM MELATIH MAHASISWA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

Lantaran kos sara hidup yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, penduduk Malaysia terutamanya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disaran agar mengambil langkah proaktif dari awal dengan mencipta dan membina kerjaya sendiri tanpa bergantung kepada sijil kelulusan semata-mata. Mahasiswa perlu cakna dengan hala tuju kerajaan untuk merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berteraskan ekonomi berpendapatan tinggi dan usaha mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Walaubagaimanapun, untuk mencipta kerjaya, perancangan yang strategik diperlukan. Penuntut perlu berfikiran kreatif dan inovatif agar pekerjaan tersebut mampu menjana pendapatan kepada mereka dan ekonomi Negara. Sebagai contoh, dengan menceburkan diri dalam dunia perniagaan selaras dengan hadith riwayat Tirmizi yang bermaksud ‘9/10 rezeki itu datang daripada perniagaan ‘ walaupun perniagaan kecil-kecilan sebagai langkah permulaan.

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan jumlah penganggur dari golongan siswazah pada Jun 2013 adalah sebanyak 56% iaitu 210,263 orang dan pada April 2014 keseluruhan yang menganggur seramai 407,200 orang. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan ramai graduan menganggur antaranya tiada perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang sedangkan zaman millenium ini negara memerlukan individu yang berdaya saing dan inovatif. Berikutan baru- baru ini, Menteri Pendidkan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengatakan kerajaan mahu menjana graduan yang berani menceburi pasaran kerja menggunakan kreativiti secara berdikari.

Oleh yang demikian, penuntut-penuntut IPT harus menggunakan peluang ketika belajar dengan mengambil berat segala program bermanfaat seperti keusahawanan yang dirangka dan dilaksanakan oleh pihak universiti sebagai usaha mengelakkan negara daripada berdepan kadar pengangguran yang tinggi membabitkan graduan IPT menjelang 2020. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan Malaysia juga mengambil inisiatif dengan menekankan aspek keusahawanan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Pendidikan Tinggi. Hasrat kementerian adalah untuk melahirkan ramai graduan berkualiti yang holistik bertaraf dunia. Jadi tiada alasan bagi penuntut untuk melepaskan peluang mencipta kerjaya sendiri kerana pelbagai sumber mengambil alternatif untuk membantu para mahasiswa Negara.

PENSYARAH MENILAI PRESTASI PENJUALAN YANG DIUSAHAKAN MAHASISWA

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Connect
  • Google+ Long Shadow
  • Facebook Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
bottom of page