Dataran Nilai Perlu Penambahbaikan
- Nor Saadah Ramlee
- Apr 22, 2015
- 1 min read

Menara Jam mercu tanda Dataran Nilai
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Nilai, sudah semestinya mereka mengenali Dataran Nilai. Ia merupakan mercu tanda baru bagi kawasan Majlis Perbandaran Nilai. Dataran ini sering dikunjungi oleh penduduk setempat dan juga masyarakat luar untuk melepaskan lelah ataupun untuk mengisi masa yang terluang.
Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk kegunaan dan keselesaan pengunjung seperti restoren, taman permainan kanak-kanak, padang bola, pondok bas dan sebagainya. Tempat ini juga sering digunakan oleh pelajar – pelajar universiti di sekitar Nilai untuk melaksanakan pelbagai aktiviti atau program.
Menurut Nurul Najihah binti Harun, 20 tahun, berkata “ Saya berasal dari Terengganu dan sering datang
ke Nilai untuk berjumpa rakan-rakan .Setiap kali saya datang ke sini saya tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke dataran Nilai.
Ujarnya lagi “ antara salah satu tarikan yang menyebabkan saya sering berkunjung disini adalah kerana terdapat banyak gerai-gerai jualan yang menarik terutamanya pada hujung minggu. Tetapi bagi saya, kalau boleh biarlah gerai jualan itu dibuka pada setiap minggu dan bukannya dibuka pada waktu-waktu tertentu bagi menarik minat pengunjung untuk berkunjung di sini.”
Manakala menurut Nor Liyana binti Hadli, 23 tahun, beliau gemar berkunjung ke dataran Nilai untuk mengisi masa terluang dan memerhatikan gelagat masyarakat sekeliling. Dalam masa yang sama, beliau berharap pihak yang berkenaan dapat menambah jumlah tempat duduk disitu bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung.

“ Saya berharap gerai-gerai jualan dibuka setiap minggu dan bukannya pada waktu-waktu tertentu bagi menarik minat pengunjung .”
Nurul Najihah Harun,
Pengunjung Dataran Nilai.
Comments