top of page

Solidariti Ummah gesa mahasiswa cakna

  • muhammad idris
  • Apr 9, 2015
  • 1 min read

DSC_0096.JPG

mahasiswa digesa untuk cakna akan isu-isu ummah pada masa kini bagi memastikan mereka tidak tergelincir dan juga tidak tersalah dalam memberikan pandangan mereka.

Atikah Shafie dalam ucapannya berkata, program ini mampu memberi peringatan kepada mahasiswa untuk cakna berkenaan isu-isu ummah.

“ Mahasiswa hari ini dilihat tidak berapa cakna isu ummah bukan kerana mereka tidak faham, tetapi kerana mereka tidak melihat realiti sebenar masalah umat diluar sana yang sangat menderita dengan kesusahan.

“Program ini sedikit sebanyak dapat mengingatkan mahasiswa untuk mengambil berat perihal umat di luar sana," katanya.

Sementara itu, Amalia Izzati Mokhtar, 20, pelajar dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, ketika ditemui telah berkata, program ini mampu mengajak mahasiswa untuk mengambil tahu perihal atau maslah ummat di luar sana.

“ saya nampak objektif yang ingin dicapai melalui program ini tercapai dan Berjaya memberi impak yang positif dalam diri pelajar,” katanya yang juga merupakan salah seorang peserta program ini. Laungan "ReformasiTakbir" dan "Allahu Akbar" terus bergema menghangatkan dewan. Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Program kelihatan sibuk untuk memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar bermula dari seawal jam 8 malam dan majlis bersurai jam 10.45 malam.

Beberapa pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) turut hadir bersama menyatakan solidariti mereka antaranya Timbalan Yang Dipertua Pelajar MPP, Saudari Atikah Shafie, Timbalan Exco Sukan dan Pembangunan, Sharifah Najwa Farhana Syed Shahabudin, Timbalan Exco Korporat dan Pengantarabangsaan, Iffah Zakirah Jalil dan beberapa orang lagi.

 
 
 

Comentários


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Connect
  • Google+ Long Shadow
  • Facebook Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
bottom of page