MULAKAN DARI SEKARANG!
- Nur Ashila Din
- Apr 8, 2015
- 1 min read
Bagaimana Simpanan Anda?
Lantaran GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang dilaksanakan bermula 1 April baru-baru ini, maka kos sara hidup di negara Malaysia kemungkinan berlaku peningkatan berbanding tahun sebelum ini. Sebagai mahasiswa yang masih belum memiliki kerjaya, jadi amalan menabung sememangnya wajib ada dalam diri masing-masing bagi mengatasi masalah kewangan yang serius.
Dalam situasi sebagai mahasiswa, istilah cukup bagai tidak wujud dalam kamus hidup jika disentuh mengenai wang. Walaupun mempunyai pinjaman PTPTN setiap semester, wang pinjaman tersebut masih belum mampu menampung kehidupan seorang mahasiswa. Majoriti pelajar yang kerap merungut tidak cukup wang memiliki tabiat suka berbelanja. Oleh yang demikian, menabung adalah salah-satu alternatif kepada mahasiswa yang gemar berbelanja mengikut kehendak hati.

Pensyarah Ekonomi Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam, Prof Madya Musalmah Abdullah memberi definisi menabung adalah mengasingkan sejumlah wang daripada pendapatan atau pinjaman yang diperoleh untuk kegunaan di masa depan. Beliau berpendapat menabung mempunyai pelbagai tujuan sama ada jangka pendek atau jangka masa panjang. Mahasiswa boleh menabung bermula dengan jumlah kecil seperti RM2 seminggu sekali dan konsisten untuk menabung. Tidak mustahil lama-kelamaan tabiat menabung menjadi satu tabiat sehingga pelajar dapat menabung setiap hari. Bak kata pepatah Melayu sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
留言