Naqli dan Aqli seiring pemikiran
- Abdullah Ismail
- Apr 5, 2015
- 2 min read

Naqli adalah dalil yang diambil dari firman Allah atau Alquran dan sabda nabi dalam hadis hadis nya yang mutawatir. Para ulama' telah bersepakat bahawa kita mestilah berpandukan dengan dalil naqli adapun. Aqli adalah dalil yang disandarkan pada aqal yang seiring dengan apa yang telah ditetapkan oleh syarak. Berfikiran global adalah suatu yang penting dalam diri kita sebagai generasi Y ini bagi menempuh pelbagai cabaran global dewasa ini. Disamping itu, ia dapat membantu meningkatkan kualiti seseorang itu terutamnya dalam menempoh dunia global yang dihiasi dengan berbgai-bagai konflik dewasa ini.
Apa yang dimaksudkan dengan seiring dengan naqli dan aqli adalah dalam kita memacu kearah berfikiran global, kita haruslah selari dan seiring dengan kehendak syarak yang telah di tetapkan keatas diri kita. Hal ini adalah kerana, Naqli dan Aqli adalah asas pembangunan insaniah yang menjadi pemacu kepada kita untuk berfikiran global dan dalam pada masa yang sama menjadi sebagai penjaga kepada diri kita ini untuk kearah berfikiran global.
Pada masa yang sama, Naqli dan Aqli membantu untuk melahirkan pemimpin berfikiran global yang mempunyai kefahaman yang meluas dalam segenap aspek kehidupan kita ini. Kefahaman ini bukan lah bermaksud pakar dalam segenap bidang akan tetapi cukuplah dengan sekadar kita faham dan tahu akan penyelesaian kepada hal-hal tersebut. Dengan ini, kita dapat melahirkan suatu generasi yang berkualiti dalam memacu kemajuan negara ini.
Selain itu, ia membantu dalam memupuk nilai dan etika yang baik dalam diri seseorang yang mana memainkan peranan yang penting dalam hal ini, kerana ini adalah kayu ukur kepada kualiti suatu generasi itu sendiri malah ia juga malambangkan ketamadunan yang ada dalam diri kita. Nilai dan etika yang baik ini adalah pakaian diri yang kita pakai sepanjang hidup kita dan walaupun kita tidak nampak tapi orang lain adalah cermin kepada kita.
Tambahan lagi, Naqli dan Aqli adalah sebagai suatu motivasi dalaman yang kuat kepada diri seseorang itu terutamanya pemimpin untuk terus maju dan terus berdedikasi dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dalam segenap aspek kehidupan ini lebih-lebih lagi dalam memacu kepimpinan yang berfikiran global ini.
Akhirnya, berfikiran global yang seiring dengan naqli dan aqli ini adalah sesuatu yang sangat penting yang perlu ada pada diri setiap orang dan juga dalam masyarakat kita dalam dunia yang penuh dengan pancaroba dunia melanda dewasa ini.
Comments