Kemahiran belajar suatu keutamaan
- Muhammad Idris
- Apr 5, 2015
- 1 min read
Pembelajaran adalah satu proses untuk memahami dan juga proses pengumpulan data yang memerlukan kepada kemahiran dan juga teknik yang berkesan. Oleh sebab itu, kemahiran berlajar perlu dipupuk dalam diri setiap masyarakat untuk bersaing dalam arus kemodenan pada kini. Pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam menjana golongan berkemahiran tinggi.
Antara faktor yang perlu diambil kira adalah faktor pemakanan. Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kecerdasan otak untuk memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat selain itu ia juga penting bagi memastikan tahap pemikran dan pemahaman seseorang itu meningkat kearah yang lebih tinggi.
Selain itu, tahap kecerdasan minda seseorang itu juga terkesan daripada suasana sekeliling, ia meransang kemampuan otak untuk lebih cepat menerima dan memahami apa yang dipelajari. Sebagai contoh, perbezaan antara seorang pelajar yang belajar dalam suasana yang sunyi dang juga seseorang yang berlajar dalam suasana yang bising kita akan dapati bahawa pelajar yang dalam keadaan yang senyap lebih mudah untuk memahami berbanding dalam keadaan bising.
Tambahan lagi, setiap pelajar perlu mempunyai startegi belajar yang tersendiri, strategi ini adalah wasilah atau cara yang yang berkesan bagi membantu otak untuk lebih cepat dan berkesan dalam menerima pelbagai maklumat yang diberikan. Strategi ini bukanlah suatu yang statik akan tetapi ia fleksibel dan setiap orang ada strategi mereka yang tersendiri dalam memahami sesuatu perkara.
Sebagai konklusinya, kemahiran dalam memahami sesuatu perkara dalah perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh setiap pelajar bagi memastikan generasi yang di keluarkan adalah generasi yang berdaya saing dan juga generasi yang cerdik pandai. Hal ini adalah kerana, generasi inilah yang yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Comments