top of page

Giant atau Tesco : Mana Satu Pilihan Pengguna

  • Nor Saadah Ramlee
  • Apr 5, 2015
  • 2 min read

gmbr news online.jpg

Pasaraya Tesco dan Giant cawangan Nilai, Negeri Sembilan

Dasawarsa ini, pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Carrefour menjadi pilihan utama rakyat Malaysia khususnya masyarakat di bandar untuk membeli barang keperluan harian mereka. Ini kerana pasaraya-pasaraya besar biasanya mempunyai ruang yang lebih luas dan mempunyai banyak pilihan barang dengan harga yang lebih murah berbanding kedai runcit biasa.

Bagi penduduk di sekitar Nilai, pasaraya Giant dan Tesco merupakan antara pasaraya utama yang menjadi pilihan pengguna. Menurut temubual yang telah dijalankan, majoriti daripada mereka terutamanya pelajar cenderung untuk membeli-belah di Giant kerana mereka menawarkan harga yang lebih murah, mempunyai banyak pilihan produk, promosi yang lebih meluas dan berkesan kepada pelanggan dan sebagainya.

Menurut Mohammad Haffiz bin Anuardi, 23 tahun, pelajar jurusan Fiqh dan Fatwa USIM berkata “ saya gemar membeli-belah di pasaraya Giant, adakalanya saya juga membeli-belah di Tesco jika terdapat tawaran harga yang lebih murah. Tetapi, semenjak isu Tesco yang dikaitkan antara penyumbang kepada Israel heboh diperkatakan, saya berhenti daripada membeli-belah disitu. Namun, setelah saya mendengar hujah dan penerangan daripada Pegawai Perhubungan Awam Tesco sendiri, saya kembali membeli-belah disitu.”

Manakala menurut Nur'Ata'ain Safinaz, 23 tahun, berkata " Dahulu saya gemar membeli belah di Tesco, namun untuk sesetengah barang, saya akan memilih pasaraya mana yang menawarkan harga yang lebih murah. Tetapi , semenjak isu Tesco yang dikaitkan antara penyumbang kepada Israel heboh diperkatakan, saya mengkaji tentang kesahihan perkara tersebut dan kemudiannya saya terus berhenti dari membeli-belah di Tesco."

10154229_714722388550798_5477438843903641489_n.jpg

Saya gemar membeli-belah di Psaraya Giant, adakalanya saya juga membeli- belah di Tesco jika terdapat tawaran harga yang lebih murah.

Mohd Haffiz Bin Anuardi

Pelajar jurusan Fiqh dan Fatwa USIM

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Search By Tags
Connect
  • Google+ Long Shadow
  • Facebook Long Shadow
  • LinkedIn Long Shadow
  • Twitter Long Shadow
bottom of page